DITUBUHKAN PADA 13HB. MEI 1965. YB. TAN SRI HJ. ABD. GHANIE GILONG, O.K.K AKOI DAN D.O. DAERAH ADALAH ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENUBUHAN SEKOLAH INI.
LUAS KAWASAN 3.72 EKAR DISUMBANGKAN OLEH EN. YUMBUN YUMANDAR. BAMBU, ATAP RUMBIA DAN KAYU ADALAH BAHAN BANGUNAN YANG PERTAMA PADA TAHUN 1965DAN DIKENALI SEBAGAI NATIVE VOLUNTARY SCHOOL NALAPAK ( N.V.S. NALAPAK ). DI TADBIR OLEH SEORANG PENDUDUK YANG DILANTIK, IAITU EN. YAMOU SELINGKOU BERGELAR PENYELIA BERMULA DARI TAHUN 1965 HINGGA 1971.
EN. RIMAN BONDIGIL, GURU BESAR DAN SEORANG GURU TAMBAHAN BERTUGAS DI SEKOLAH INI DENGAN MURID SERAMAI 45 ORANG. PADA TAHUN 1968 SEBUAH BANGUNAN KAYU SEPENUHNYA TELAH DISUMBANGKAN OLEH YB. TAN SRI HJ. ABD. GHANIE GILONG DAN DIRASMIKAN OLEH J.B.DUSING.
PADA TAHUN 1971 SEKOLAH INI DIAMBIL ALIH OLEH KERAJAAN DAN DIKENALI SEBAGAI SRK. NALAPAK, DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR.